Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thinking...

>> Apr 8, 2009

Artikel ini dari :


http://saifulislam.com/?p=1678


tentang filem “fitna”, tetapi bersangkutan dgn tindakan boikot…anda nilai sendiri apa yg tersurat @ tersirat dlm artikel ini… (untuk artikel penuh, sila klik ke link diatas)



ASAS PERTIKAIAN



Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.


Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan amaran Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.


Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.


Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?



REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH



Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.



Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:




hadithmarah.jpg

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”



Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.



Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.



Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


UPDATE (02/04/2008):



JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:




Saya sinopsiskan sebagai berikut:



Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.



Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!

Read more...

'BIAR PAPA ASAL BERGAYA'

>> Nov 12, 2008

Biar papa asalkan bergaya’ begitulah halusnya peribahasa yang digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk dijadikan sindiran kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sikap melaram. Walaupun halus ungkapan keramat ini, namun mampu membuatkan sesiapa sahaja yang dituju terpaksa menyimpan rasa. Peribahasa ini bukan lagi sebagai omongan kosong tetapi telah menjadi darah daging dalam kehidupan seharian masyarakat khususnya, golongan mahasiswa. Baik yang kaya mahupun miskin, ‘trend’ bergaya dalam kalangan mahasiswa begitu sebati dalam kehidupan mereka. Mereka seolah-olah lupa tujuan sebenar mereka untuk datang ke universiti. Ironinya, mahasiswa pada hari ini tidak lagi sinonim dengan pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang sebaliknya naluri mereka lebih cenderung kepada budaya kampus yang tidak sihat. Persoalannya, adakah kita mampu melahirkan golongan mahasiswa yang berkualiti selaras dengan visi qudsi negara menjelang tahun 2020? Oleh itu, budaya sebegini tidak boleh dipandang enteng. Malah, jika dibiarkan penyakit kronik ini akan merebak dan meresap jauh ke dalam hati setiap mahasiswa dan akhirnya lahirlah golongan mahasiswa yang hanya tahu bergaya tetapi tidak mahu berjaya.

Malang apabila golongan muda mudi bergelumang dengan gejala yang tidak sihat ini. Ada juga diantara mereka yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membeli barang-barang aksesori kegemaran yang bernilai dalam ribuan ringgit. Duit pinjaman amanah rakyat ataupun biasiswa bukan lagi digunakan untuk keperluan belajar tetapi telah dihabiskan begitu sahaja untuk membeli barangan yang bukan menjadi keutamaan untuk mereka sebagai seorang pelajar. Di sini, pentingnya mahasiswa kembali memahami ilmu dan berakhlak mulia bagi menilai semula makna kehidupan mereka. Pemahaman terhadap ilmu akan membawa kepada pembinaan insan yang menjadikan matlamat kehidupannya adalah untuk kebahagian akhirat, bukan dunia semata. Penghayatan sebenar terhadap ilmu akan memandu individu supaya bijak menilai setiap tindakan dan berakhlak mulia. Allah suka kepada hambanya yang berakhlak mulia dengan bersikap bersederhana dalam kehidupan. Justeru, kehidupan mahasiswa itu bukan untuk bergaya tetapi kehidupan mereka haruslah bergantung kepada keupayaan dan kesederhanaan.

Marilah kita bersama-sama renungkan hadis Rasullullah saw ini:


“ Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tiada berkaitan dengannya.”( Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Tirmizi dan lain-lain.)


Sebenarnya, kehidupan mahasiswa yang bergaya sakan dan menunjuk-nunjuk ini hanya boleh melatih golongan mahasiswa supaya bersikap boros. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderung melunaskan hawa nafsu mereka untuk bergaya berbanding sentiasa memastikan kecemerlangan akademik di kampus. Pokok pangkalnya, mahasiswa harus bangkit dari terus terlena dibuai arus kemodenan hidup. Mereka perlu sedar bahawa kejayaan itu lebih utama dan perlu dituntut demi masa depan mereka sendiri.Firman Allah swt :


“ Janganlah kamu terikut-ikut langkah-langkah syaitan” ( An-Nuur: 21).


Sesungguhnya membazir itu merupakan amalan syaitan. Sikap mahasiswa yang gemar bergaya sehingga sanggup membazir tidak seharusnya dijadikan satu kebiasaan. Ini berikutan amalan membazir itu tidak digalakkan dalam Islam. Lebih bermanfaat jika mahasiswa hanya berbelanja mengikut keutamaan sebagai seorang pelajar dan tidak menyalahgunakan pinjaman wang yang diberikan.

Peranan kenalan di sekeliling harus dilihat sebagai faktor yang paling utama dalam membentuk corak hidup mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa seharusnya bijak dalam mencari kawan yang sememangnya beraneka ragam dan adakalanya boleh membawa mereka hanyut dalam hidup. Keinginan untuk bergaya dalam kalangan mereka disebabkan kenalan mereka terdiri daripada orang yang berada malahan ada juga yang berlagak seperti orang kaya baru. Lantaran itu, mahasiswa mudah terikut-ikut rentak dan corak hidup kenalan mereka. Mahasiswa tidak seharusnya berkompromi dengan keinginan-keinginan peribadi mereka yang bukan sahaja mengundang satu malapeta dalam pengurusan kewangan tetapi juga boleh membawa mereka lalai daripada kesibukan belajar.


Imam Hakim at-Tirmizi berkata, “ Manusia yang kita temui ada tiga macam : Ada yang seperti banjir yang menghanyutkan; ada yang seperti air yang mengalir di atas batu yang keras; ada juga orang yang seperti air hujan yang bisa membikin tanah menjadi subur sehingga tanam-tanaman bisa tumbuh di atasnya. Siapakah di antara mereka yang sering kalian temui?”


Jika dilihat pada ungkapan itu, segala keputusan terletak pada mahasiswa itu sendiri dalam memilih kenalan. Andai kebijksanaan lebih menguasai diri, mahasiswa tidak akan tersilap dalam mencari kenalan.

Selanjutnya, corak hidup mahasiswa yang lebih cenderung untuk bergaya berkait rapat dengan didikan ibu bapa itu sendiri. Jika dilihat kini, sikap ibu bapa sendiri yang lebih materialistik sedikit sebanyak mempengaruhi amalan anak-anak mereka. Ungkapan bapa borek anak rintik amatlah sesuai berikutan apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. ‘Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’.

Inilah realiti mahasiswa kini yang menjadikan keutamaan bukan lagi satu kepentingan. Oleh itu budaya bergaya ini harus dicari penawar bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa bergaya bukan satu keutamaan ataupun kewajipan yang dituntut dalam menjalani liku-liku sebagai modal insan yang berkualiti. Seorang penyair berkata :


“ Ketika kamu hidup di dunia persiapkanlah bekal kehidupanmu di akhirat. Beraktivitaslah untuk Allah dan persiapkan bekal yang paling baik. Apakah kamu senang jika nanti kamu berjalan bersama kelompok orang yang mempunyai banyak bekal sedangkan dirimu tidak mempunyai bekal sama sekali ”


Ungkapan keramat ini sebenarnya mengajak mahasiswa bermuhasabah diri dan berfikir sejenak apakah mereka diciptakan sebagai khalifah yang hanya menjalankan tugas yang sia-sia di muka bumi ini. Seharusnya mereka perlu mempersiapkan diri untuk dijadikan bekalan bukan sahaja untuk jaminan masa depan tetapi juga bekalan untuk akhirat. Mahasiswa seharusnya sedar bahawa setiap manusia dicipta dengan kelebihan tersendiri. Kekurangan itu bukannya satu kelemahan bagi diri. Keinginan untuk terlalu bergaya sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting bukanlah satu tradisi atau adat yang harus dituruti sejak zaman nenek moyang lagi.

Seharusnya mahasiswa sedar betapa tingginya risiko jika sikap mereka ini berterusan. Impaknya, mahasiswa gagal menguruskan wang dengan baik, tanggungan belanja makanan dan minuman tidak mencukupi lebih parah lagi apabila gagal melunaskan wang pengajian. Ini akan mengundang satu lagi bebanan sebagai pelajar sehingga tidak jumpa jalan pulang bak kata pepatah ‘sudah terhantuk baru nak terngadah’. Oleh yang demikian, mahasiswa perlu mengambil satu inisiatif atau langkah berjaga-jaga sebelum membuat sebarang keputusan bak kata pepatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Mahasiswa perlu bijak dalam menilai antara yang baik ataupun yang buruk.

Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan hidup untuk anak-anak. Ibu bapa merupakan contoh terbaik bagi anak-anak dalam menilai dan membuat keputusan. Menjadi kewajipan ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak yang bermula daripada lingkungan rumah yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Didikan yang lahir daripada keteguhan iman dan keharmonian akhlak yang akan menjadikan anak-anak kain putih yang mampu memberi banyak sumbangan untuk generasi akan datang. Melalui firman Allah S.W.T :


“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintah.” ( At-Tahrim: 6)


Oleh itu, mahasiswa perlu menggunakan setiap saat yang berjalan dengan memberi ruang kepada diri untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat dan lebih utama. Mahasiswa merupakan antara aset penting negara yang bakal menggegarkan dunia dengan ilham dan idea-idea baru bagi menyumbang kepada kemajuan negara sejajar dengan aspirasi nasional yang menjurus kepada usaha menjadi sebuah negara maju disamping dapat membangunkan masyarakat yang beridealism...

Read more...

S.A.H.A.B.A.T

>> Nov 11, 2008



Kisah tentang 2 orang sahabat karib
yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.

Ditengah perjalanan, mereka bertengkar
dan salah seorang tanpa dapat menahan
diri menampar temannya.

Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan
tanpa berkata-kata, dia menulis di atas
pasir :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU."

Mereka terus berjalan, sehingga
menemukan sebatang sungai, dimana
mereka memutuskan untuk mandi.
Orang yang pipinya ditampar dan terluka hatinya, cuba berenang untuk
menyejukkan diri dan hatinya..

Namun, ternyata sungai tersebut cukup
dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan
diselamatkanlah ia oleh sahabatnya.

Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis
di sebuah batu :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."

Si penolong yang pernah menampar
sahabatnya tersebut bertanya,

"Kenapa setelah saya melukai hatimu,
kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab,
"Ketika seorang sahabat melukai kita,
kita harus menulisnya diatas pasir agar
angin maaf datang berhembus dan
menghapus tulisan tersebut.

Dan bila dalam antara sahabat terjadi sesuatu kebajikan sekecil apa pun,
kita harus memahatnya di atas batu hati kita,
agar tetap terkenang tidak hilang tertiup waktu."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan
pendapat dan konflik kerana wujud sudut
pandangan yang berbeza.

Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah lalu.
Mungkin kadang-kala kita dapat apa kemahuan atau
memahami apa yang kita mahu..

Yang penting selagi HAK kita dan sahabat
kita menjaga dan menghormati satu sama lain
serta percaya, insyallah ibarat ‘air
yang dicincang takkan putus’…

Read more...

Ibuku seorang 'pembohong'

>> Nov 10, 2008

www.halaqah-online.com
Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang
ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir

sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga

miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering
saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk

yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di
tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari

memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan

mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan
yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." - PEMBOHON
GAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu
pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang
dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk

kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan

berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA



Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus

sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja
tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan

cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan

menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya
segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -PEMBOHONGAN

IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang
mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan
keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk
membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu
berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh
ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah

lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar
setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi
keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh
di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG

KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di
luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya
juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,

saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini
dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal
di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam
saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu
mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu
terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan
saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa

menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah
ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu
hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu

dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU

YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,

ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga
kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata
itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

Read more...

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP