Kenapa perlu boikot...???

>> Jan 15, 2009

Dunia kali ini digegarkan lagi dengan kekejaman yang dilakukakn oleh Israel. Palestin dibedil sehinggakan dalam tempoh seminggu sahaja 3000 nyawa menjadi korban. Sehingga saat ini angka itu terus meningkat. Seperti biasa Dunia terus mengutuk tindakan itu.

Tapi apa tindakan?

Amerika Syarikat hanya ambil sikap berdiam diri dan tetap menyalahkan Hamas.Dunia sudah muak dengan peperangan. Dunia mahu keamanan. Kita mengidamkan keamanan seperti mana yang dinikmati orang-orang Madinah di bawah pemerintahan Baginda Rasulullah SAW.
Hidup dengan aman, perpaduan tidak kira bangsa dan agama.

Apa peranan kita?

Mahu ke medan perang?

mungkin kita tidak mampu? sekadar menunjukkan perasaan di Kedutaan Amerika Syarikat?

Adakah Amerika Syarikat memandang demonstrasi jalanan yang kita lakukan? Apa kuasa kita?

Cuba hayati ini.

1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.

5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki(persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.

Dalam Rancangan 'Malaysia Hari Ini' iaitu Dr Chandra Muzaffar mengatakan “Boikot Barangan Israel dan Amerika Syarikat, kerana dengan cara ini pernah memberi kesan satu ketika dahulu”

Kesimpulannya, gunakan kuasa kita sebagai pengguna. Kuasa besar yang ada pada kita.
Kuasa Ekonomi.

Tanpa pendapatan mereka tidak mampu untuk membiayai pembelian senjata untuk digunakan di dalam peperangan.

Sedarlah umat Islam dan masyarakat dunia yang prihatin kepada keamanan.
bukankah kita ade product sndiri..

Untuk “membayangi” dan memberi alternatif kepada masyarakat menghindari barangan Israel dan Amerika Syarikat.

Kenapa Coke, Pepsi, Mc D dan sebangsanya sedangkan kita ada Radix Cola, Radix Sarsi dan Radix Fried Chicken yang sudah pasti tidak menyumbang kepada pembelian senjata.
ingatlah saudara ku yg beragama ISLAM...

Tepuk Dada, Tanya Iman, Akal dan Hati.

1 comments:

Nazrul Amar Husin January 18, 2009 at 6:59 AM  

amerika = boneka yahudi...sy setuju!

hoho...sbb ekonomi dunia sbnrnye dipegang oleh org yahudi yg menetap di pelosok dunia...McD, starbucks n lain2...if brand dr amerika pun kmungkinan adelah asl yahudi krn mereke adelah kaum yg berhijrah ke tmpt lain krn kekejaman pemrintah terdahulu sblm kedatangan Islam ke Palestin (rsnye betul dh kut cite ni, insyAllah)

then nk rebut balik tanah tuh...aiya...pdhal Islam yg bebaskan tanah tu dr pemerintah yg kejam...

yg penting, boikot yahudi! israHELL!

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP