This Week Hot Events!!!

>> Apr 3, 2009

Assalamualaikum semua...

Sepanjang minggu ni, ada beberapa event yg agak happening n havoc telah berlangsung yg melibatkan student2 yt, bermula dengan malam minggu yang lalu hingga malam khamis. Berikut merupakan event2 yg berlaku dalam mggu ini.

1st Event:
Sabtu
28 Mac 2009
8.00-11.00 p.m.
Tiara Conventional Centre

Pada malam tersebut, telah diadakan Majlis Makan Malam Perwakilan Mahasiswa Malaysia USU (PM USU) kali ke -4, yang mana telah berlangsung dengan jayanya. Majlis makan malam ini diuruskan oleh batch 2006 dan saudara Amshar selaku ketua projek. Tema majlis makan malam kali ini adalah "A Journey of Appreciation" dan masing2 berpkaian ala retro. Perancangan yang telah dimulai sejak bulan september tahun lalu membuahkan hasil yg amat memuaskan hati semua pihak. Beberapa student2 yt turut dipilih sebagai ketua dan ahli jawatankuasa.

Dari kiri: Izzat, Naim, Suhairi, Ridzuan, Hamdi

Dari kiri: Khairina, Syairah, Mardhiah, Dalia, Emila

masing-masing posing dengan gaya n pakaian ala retro..

Alhamdulillah, upacara pada malam itu berjalan lancar seperti yg diharapkan walaupun ada sedikit masalah pada persembahan band, namun ia tidak mengganggu tentatif majlis n para hadirin kerana hidangan yg disediakan amat lazat dan menyelerakan.


antara hidangan yg lazat dan menyelerakan...

Selain itu, pihak pengurusan juga telah mendapat pujian dari konsulat yg mana mnyatakan bhwa majlis ini adalah yg terbaik berbanding majlis2 mkn mlm yg lainnya sebelum ini.

Namun, apa yg paling menggembirakan pihak pengurusan pd mlm itu, adalah dengan kejutan dari Datuk Wira Jamaluddin atau lebih dikenali sbg Uncle Jam, yang telah tampil memberikan hadiah berupa wang tunai sbyk Rp500,000 kpd pelajar2 yg telah mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan pd semester lalu. Malah, bukan itu shaja, beliau juga telah menambahkan wang dana sebanyak Rp5 juta kerana beliau sangat berpuas hati dengan acara dan juga tema makan malam pd mlm itu.

Thanks a lot to Uncle Jam!!!


AJK makan malam PMUSU ke -4..

Tahniah kepada pihak pengurusan dan semua AJK makan malam yg terlibat!!!


2nd Event:
Selasa
31 Mac 2009
4.00-6.30p.m.
Stadion USU

Kita telah menerima kunjungan dari TATi UC yang diketuai oleh Dato' Dr. Hj Abdul Latiff, yang telah datang ke Medan untuk menandatangani MoU dengan pihak USU untuk kerjasama dalam beberapa bidang. Pada petang tersebut, pihak kita telah dijemput untuk bergabung dengan staff dari TATi juga Dato' Dr. Hj Abdul Latiff sendiri untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan rektor USU.

Antara yg melibatkan diri adalah, saudara yassir, ghaddafi, azmi, najmuddin, zulfadli dan beberapa pemain jemputan daripada ACMS yaitu raja, hafiz, reyme dan suhairul.


panas badan dulu...


Pada awalnya permainan agak seimbang dan berjalan dengan baik, tetapi kemudiannya menjadi hambar kerana sebahagian pemain kita sudah kelelahan, apatah lagi setelah pihak lawan menjaringkan gol yg pertama, pasukan kita tidak mampu bertahan dengan baik, namun begitu, pasukan kita juga mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, beberapa strategi telah diatur tetapi akhirnya pasukan kita akur dengan kerakusan pasukan lawan menjaringkan gol dan terpaksa menerima kekalahan 4-0..

bincang2 untuk mengatur strategi perlawanan

Tidak mengapalah, kerana kekalahan itu tidak melemahkan semangat kita untuk terus berjuang, namanya juga perlawanan persahabatan.. Sebagai cenderahati dan juga pengubat kekalahan kepada pemain2 kita, pihak TATi telah menghadiahkan jersi dan juga stoking yg telah digunakan dalam perlawanan tersebut..


Barisan pemain TATiUC +YT+ACMS dan Team Rektor..


3rd Event:
Rabu
31 Mac 2009
8.00-10.00p.m
Rumah makan Garuda

Pada malam itu, Dato' Dr. Hj Abdul Latiff n staff2 TATi sekali lgi menjemput anak-anak terengganu untuk makan malam bersama.



antara yang hadir

Seramai kira-kira 40 orang pelajar-pelajar terengganu USU telah menghadirkan diri termasuk pelajar tajaan Yayasan Terengganu, JPA dan MARA. Dalam pertemuan itu, Dato' Dr Hj Abdul Latiff juga menyampaikan pesan dan kata-kata semangat buat semua pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan selesai mengikut waktu yg ditetapkan... InsyaAllah.


Dato' Dr. Haji Abdul Latiff sedang menyampaikan pesan..

Dari kiri: Bapak Marzuki, Yg. Bhg Dr. Mohd Rozailan (Rektor TATiUC), Saudara Muhammad Yassir (Presiden PMUSU), Yg. Bhg Dato' Dr. Abdul Latiff (Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC), dan Tuan Hj. Che Suhaimin (Pendaftar TATiUC)


Thats all for the events in this week..

Wallahua'alam..

6 comments:

Anonymous April 3, 2009 at 10:21 PM  

napekah pic dinner retro x cantek???
cam sdg dilanda gmp bumi....huhu

Hamdi Irsyad April 4, 2009 at 11:22 PM  

tukor dh tu ema..

julu April 6, 2009 at 3:47 AM  

weh..mana nama aku sebagai player pilihan masa lwn rektor..isk2...
sedey2...

aliaa April 6, 2009 at 9:03 AM  

julu star..
men ngan rektor gmpak giler..

Editor/Admin April 6, 2009 at 11:51 AM  

sori2 julu..dh ade dh nme anda..sila semak balik..maaf byk2..

Hamdi Irsyad July 24, 2009 at 11:55 AM  

gambar first tu org bute dari ane?

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP