Al-Fatihah...
>> Oct 18, 2008
Kehidupan dan kematian datang silih berganti.Mgkn hari ini ada bayi yang baru dilahirkan, dan pada saat yang bersamaan ada orang yang meninggal dunia.Inilah salah satu daripada Qada' dan Qadar yang seharusnya di imani oleh seorang muslim.Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita ni mempunyai hikmah yang kadang2 sulit untuk dimengerti oleh insan biasa seperti kita ni walhal nantinya kita sebagai seorang doktor(especially) akan sentiasa menghadapi saat ini bersama dengan pesakit kita nanti..
Sebenarnya penulis di sini ingin mengucapkan takziah kepada salah seorang daripada kawan kita ni yang baru sahaja kehilangan anggota keluarganya.Semoga beliau diberi ketabahan menghadapi saat-saat yang menyedihkan ini.Kami keluarga besar student YT sentiasa memberi dorongan dan sokongan seandainya ada perkara yang ingin diminta bantuan....
Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepadaNya jualah kita akan dikembalikan
0 comments:
Post a Comment