Laughter is d best medicine...LOL

>> Oct 24, 2008

Papan tanda

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,
seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat
perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari
kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat
5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata
kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka
pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan?
saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?"
"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi
memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan
kepada kereta yang lain"
"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.
"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda
..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG
22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,
wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu
pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat?
nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka
pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas
beberapa minit lagi.Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang
309]."

********************
BUSH DAN POWELL


Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki
masuk dan bertanya
kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".
Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"
Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang Islam kan?"
*******************
CEREWET

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana,
namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat
disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet
sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan
kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat
dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para
tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan
isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana
cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah
hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat
sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura
mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu.
Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang
hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa
celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa
dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju
perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh
isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan
makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah
makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku
takut
la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."
*************
BERCERAI

ada 1 kisah pasangan yang nak bercerai .
Dia orang ada seorang anak, jadi nak tuntut hak jaga anak
tu diorang pun sampai kat pejabat agama.......
ustaz tu pun tanya lah kat sibini,

ustaz : "kenapa hak penjagaan anak itu nak diberi
pada kamu...?"
sibini pun jawablah......

bini : "saya yang mengandungkan, malahirkan dan membesarkan dia...."

fuh.....si suami pun dah gelabah ni....
bila di ajukan pertanyaan yang sama, dengan penuh STAIL laki ni jawab

suami : "ustaz, kalo kita nak beli air, kita masukkan singgit kan
dalam mesin air tu. Jadi air yang kuar dari mesin tu sape
yang punya...? saya atau mesin tu.....?"

he..he...he kelam kabut si bini tu...........

0 comments:

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP