Kami lepasan Luar Negara

>> Nov 24, 2008

Cerita ni saya ambil dari buku “Secawan Kopi daripada Guru” terbitan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Kami lepasan Amerika
Zulkifli Abu

Mendengar keluahan beberapa rakan yang telah berinteraksi dengan pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan pertama itu membuatkan aku terfikir-fikir juga bagaimana hendak memulakan kuliah dengan mereka jam 10.00 pagi ini.

Mereka adalah pelajar perintis yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan sebahagian besar mereka adalah lepasan luar Negara. Rata-rata mereka berkelulusan sarjana berasaskan sains tetapi oleh kerana pasaran kerja dalam bidang itu terbatas kerana beberapa factor, mereka memilih profesyen perguruan.

“Mereka angkuh! Mereka ingat belajar di luar Negara tu besar sangat.” Rungut salah seorang rakanku. Tidak kurang juga yang bercerita sikap sebahagian mereka yang mengagung-agungkan system pendidikan yang mereka alami setelah bertahun-tahun di luar negara.

Memanglah. Sebahagian besar mereka dihantar ke luar Negara setelah mendapat kelulusan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berpeluang menamatkan pengajian peringkat sarjana tanpa perlu dipanggil pulang selepas tamat ijazah pertama.

Aku mengenepikan prejudia itu dan melangkah dengan tenang ke bilik kuliah pagi itu. Selepas memberikan salam, aku memulakan kuliah Falsafah Pendidikan dengan meminta mereka memberi maklum balas tentang tujuan belajar dan apa itu ilmu?

Menarik juga pendapat mereka yang diasaskan beberapa teori baru. Ternyata mereka terdedah juga dengan bahan bacaan terkini.

“Apa tujuan kita belajar?” aku cuba meminta mereka membuat rumusan.

“Untuk hidup.”

“Apa tujuan kita berilmu?” Tanya aku kembali.

“Juga untuk hidup.”

“Apa komen saudara terhadap suasana ekonomi negara semasa?”

Seorang pelajar yang bertubuh agak tinggi di kelas tiba-tiba berdiri dan mula berhujah.

“Pemimpin kita gagal mentadbir negara dengan baik. Kita ada sumber berhargatapi gagal menjadi negara maju. ‘Hanky-panky’ ada di mana-mana. Kami sendiri adalah sebahagian mangsa ini,” ayat terakhir itu disuarakan dengan kuat.

“Apa maksud saudara?” Tanya saya selamba.

“Kami telah menghabiskan masa bertahun tahun tapi kerajaan gagall menyediakan perkerjaan untuk kami,” sampuk seorang pelajar yang duduk di barisan belakang. Ternyata kata-kata itu mendapat tepukan gemuruh. Saya tidak segera panic dengan provokasi itu, lantas menyejukkan keadaan dengan anekdot pendek.

“Seorang murid saya di sekolah rendah dahulu sempat belajar hingga Darjah 6. Dengan ilmu asas membaca, mengira dan menulis, dia membantu bapanya di sebuah kedai basikal milik bapanya setelah berhenti sekolah. Kini, hanya selepas kira-kira lapan tahun, dia memiliki kedai basikal sendiri di sebuah kawasan perumahan beru di kampong saya.” Ternyata pelajar-pelajar itu tertarik dengan cerita saya. Saya meneruskan cerita.

“Seorang sepupu saya adalah seorang sarjana fizik dari Amerika Syarikat. Bapanya seriang mengadu kepada saya tentang kerisauannya. Sepupu saya masih lagi tidak berkerja walaupun telah pulang ke tanah apr sejak tiha tahun yang lalu. Dia juga seperti saudara-saudara, sering menyalahkan kerajaan.”

Pelajar-pelajar tersebut mula menundukan kepala.

“Sekarang mari kita lihat siapa yang dapat memanfaatkan ilmu? Murid saya yang hanya belajar hingga Darjah 6 atau sepupu saya yang telah menghabiskan suku abad usianya untuk belajar?”

Oleh kerana tiada yang memberi reaksi, saya cuba menutup kuliah itu.

“Ahad lalu saya bertemu dengan bapa saudara saya di kampong. Dia bercerita tentang sepupu saya lagi; masih duduk di rumah menunggu surat lamaran kerja. Apa kata bapa saudara saya lagi?”

Sehingga di situ saya berhenti berkata-kata seketika. Sewaktu melihat pelajar-pelajar itu teliti untuk mendengar, saya meneruskan cerita.

“Bapa saudara saya berkata, dia dulu dapat menyara lapan orang anak dengan hanya berkerja sebagai petani yang tidak pernah bersekolah. Tetapi anak-anak hari ini bukan sahaja tidak mampu membantu ibu bapanya, malah tidak mampu menyara diri sendiri walaupun sering bermegah dengan lulusan sarjana luar negaranya.”

Saya meninggalkan bilik kuliah yang bagaikan tidak bernyawa lagi.

2 comments:

Lights of Peaceful November 24, 2008 at 12:19 PM  

pergghh.... mantap!!

i'll keep that in mind as motivation.
Thanx for sharing.

alyaanajwa December 10, 2008 at 4:15 AM  

perh..ko leh than jiwang gak eh magkuk skang neh..hehehe

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP